Jumaat, 2 Jun 2017

Kisah Toya

Aku punya seorang sahabat separa rapat,
gelarannya bermula dengan T,
berakhir dengan huruf vokal A,
rendah sahaja orangnya,
katanya "Saya Baik Tapi Jahat"
punya sahabat lebih karib, John namanya,
John pula putih kulitnya tpi tidak dihujungnya,
tidak pernah aku tanya kenapa,
sunburn agaknya.
John sentiasa segak berbaju keras
berbentuk bersegi kelabu berseri.

Kembali pada rakan aku tadi,
dia pelajar kejuruteraan awam,
simen dan helmet memang mainannya,
staf dan alat aras senjata peperiksaannya,
rajin orangnya meluruskan rabut kawan-kawan,
2 ringgit harganya, uisshhh mahal maaaatt.
tapi baik juga orangnya untuk aku,
banyak mendidik aku menjadi lebih clean,
itu prinsip kumpulan kami ke-5.

Awal form 4, dia sertai kami dalam liku-liku asrama,
tetapi jalan yang dia hadapi ditambah dengan duri,
dia tabah menghadapinya walau apapun,
walaupun gadisnya tinggalkannya untuk orang lain,
dia masih lagi tenang tanpa mengalir air mata.
kekadang dia merindu tapi dia membisu.
Kadangkala, kawannya John meninggalkannya.
Tetap sahaja dia tabah.
ketabahannya menghadapi segala tersebut,
membuatkan dia disenangi ramai.
dia juga menjadi tumpuan semua
tidak kira Aspura atau Aspuri.

Sekarang,
Dia punya kawan baik baru,
Layla nama kawannya.
Layla seorang pejuang.
Demi menjaga nama kawan aku ini.
Dia sanggup bertempur
5 lawan 5
kekadang menang, kekadang kalah,
oh Layla, puteri lagenda mobil.

Setakat sini sahaja ceritanya aku bisa sampaikan,
Semoga dia bahagia dengan Layla dan John disampingnya,
dan semoga kalian berpuas hati dengan kisah dongeng ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan