Jumaat, 26 Mei 2017

Dadah Musuh Negara

Ungkapan dadah musuh negara,
merupakan cemuhan daripada pemimpin kita,
beralamatkan kepada bahan perosak durjana;
yang memalukan saudara dan keluarga,
yang memundurkan masyarakat dan bangsa,
yang meruntuhkan kepercayaan dan agama.

Sedarlah anak muda untuk kebaikanmu,
jangan kau jual masa depanmu,
semata-mata untuk memuaskan nafsumu,
sayang seribu kali sayang wahai melayu,
sungguh orang lain telah menguasai ekonomimu,
sedang mereka bersuka memijakmu dari atas situ.

Syabu, Heroin, Ice, Candu dan Ganja,
jangan kau cuba, jangan kau mula,
kerna ketagihan akan menjadi syaitan berkuasa,
sistem badanmu hancur, luluh dan celaka,
sedang kau satu hari nanti mungkin seorang ketua,
seorang perdana menteri yang beribawa,
maka wajarlah bahawa dadah musuh negara.

1 ulasan: