Ahad, 10 Disember 2017

Politik dan Bangsaku

Aku seorang remaja di hadapan televisyen,
Aku melihat bangsaku bertengkar menuduh,
Apa guna politik dan demokrasi negara ini,
Jikalau anak bangsaku tidak akan bersatu.

Ada yang sanggup membunuh kerana politik,
Ada yang sanggup menindas kerana jawatan,
Ada yang sanggup menipu kerana kepentingan,
Ada yang sanggup murtad demi kekuasaan.

Hari ini timbul isu Jerusalam di timur tengah,
Ibu negeri baharu negara bintang biru putih,
Ramai orang kita mula cuba untuk membantu,
Tetapi tidak berfaedah kerana kita ini lemah.

Ya kita memang lemah, bangsa yang rapuh.
Oleh kerana fahaman politik, percayalah,
Terdapat adik yang menikam abangnya.
Wujudnya dinding antara dacing, bulan dan roket

Berhentilah melayu, pecahkan dinding itu.
Bersatulah kita sepanjang banjaran titiwangsa,
Tidak lupa juga di Borneo, Sabah dan sarawak.
Bersatulah kita atas 1 dasar utama, MALAYSIA.

Teguh kita dalam 1 dasar ini menguatkan BANGSA.
Waktu itu baru berbaloi kita bantu JERUSALAM.
Waktu itu baru memberi impak kepada ISRAEL.
Waktu itu melayu akan gegarkan satu DUNIA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan