Ahad, 27 Ogos 2017

Tangisan Anak Watan (Sajak sempena hari kemerdekaan)

Segala puji bagi Tuhan,
yang telah bebaskan kami,
setelah kau bebani kami,
dengan penjajah durjana.
Ku tadah tanganku tinggi,
memohon kau kekalkanlah,
kemerdekaan Malaysia tercinta.

Selama lima ratus tahun lamanya,
kami ditindas mereka yang kejam,
kami dihambakan orang kafir,
kami dilayan seperti pendatang asing.
Wal hal ini tanah kami,
tanah tumpahnya darah kami.
Siapa mereka! Apa hak mereka!

Pada awal abad ke-16,
bermulalah titik hitam benua,
sebuah kerajaan agung asia tenggara,
tumpas di tangan Alfonso dari Portugis,
Puncanya sang tali barut durjana,
yang akhirnya menjadi pembawa malang,
kepada nasab dan kaumnya sendiri.

Diikuti Belanda dan British,
serta rakan asia kami sendiri;
negara matahari terbit.
mereka merampas kuasa tempatan,
mengeksploitasi sumber bumi.
sedang tiada untung bagi kami,
sebagai anak watan disini.

Tok Gajah, Tok Janggut dan Rentap,
serta Dato Maharaja Lela;
antara nama pahlawan sebenar,
memperjudikan nyawa mereka,
untuk mudahkan kita hari ini.
mereka sangat mencintai rantau ini,
adakah kita juga begitu?

Tanggal 31 ogos 1957,
Tunku Abdul Rahman PM pertama,
berlaung tanda kebebasan,
disambut keriangan dan tangisan
mereka yang menjiwainya.
Mereka juga mengharapkan yang sama,
agar ia kekal selamanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan